Monday, 10 June 2013

si cover dan si selamba bab 1


Bab 1
“apa ni? Kenapa semua menangis? Apa polis buat kat rumah kita. Mama..papa..kenapa?”soal Rin keliru. Dia memandang dua orang anggota polis yang sedang duduk di sofa dua. Seorang tua dan seorang lagi muda, mungkin lebih kurang sebaya kak Min. Dia tak dapat menangkap apa yang sedang berlaku sebenarnya.
Kenapa semua orang menangis? Apa yang dah terjadi? Dimana kak Mim? Bukan ke bunyi kereta yang aku dengar tadi kepunyaan kereta kak Mim? Tapi..mana kak Mim? Banyak soalan yang timbul di benak Rin.
Puan ayu terus memeluk anak daranya itu. Kejap sekali. Seperti tak mahu dilepaskannya. “ka…ka..kakak kau ke..ke..kena ro..ro..rogol ..d..d..dia kena bunuh sekali, dik..” kata puan ayu dengan gagapnya kerana menahan tangis..Puan ayu sudah pun bertukar tempat. Dia berada di dakapan suaminya.
“what!!?? Bila? Macam mana boleh jadi? Kenapa?” soal Rin. Dia sudah terjelupuk jatuh. Air mata mula membasahi pipinya.
Apakah ini benar? Atau lakonan semata-mata?
“Syamim Qaisara ditemui mati dalam keadaan tidak berbaju. Dia mungkin dirogol pada 12 jam yang lalu.” Kata pegawai polis yang muda tadi. Ariff .. itulah yang tertera di nametag lelaki itu.
Tangisan Rin semakin kuat. Seperti histeria layaknya. Mana taknya, kakak yang disayangi pergi menghadap ilahi begitu saja. Tanpa sempat dia memohon maaf. Hancur , musnah harapannya untuk meraikan keputusannya yang cemerlang didalam SPM bersama kakaknya itu.
“kami pergi dulu.”kata polis yang bernama ariff itu. Tak sanggup rasanya dia melihat kesedihan keluarga encik bakri itu. Sungguh menghibakan. Sehingga nak menitis air mata jantannya dek terlalu sayu. Dia sudah bangun. Bersedia untuk beredar.
Dia agak pelik. Ini bukan pertama kalinya dia berbuat kerja sedemikian. Tetapi kenapa dia bergitu sedih ketika ini? Melihatkan sepasang suami isteri menangis mengenang nasib anaknya dan seorang perempuan melalak. Mungkin kerana kehilangan seorang kakak yang disayangi. Ariff membuat andaian sendiri.
“Ariff, tunggu.”
Segera Ariff berpaling menghadap  empunya suara yang memanggil. Macan mana dia tahu nama aku? Tanya ariff didalam hati. Oh, mungkin dia baca nametag aku ni. Ariff mula perasan.
“Awak free tak esok?” soal Rin yang sudah mula reda tangisnya.
“ Esok hari ahad. Saya cuti, kenapa?”  soal ariff kepada rin pula. Pelik.
“boleh kita jumpa esok? Saya ada sesuatu yang nak ditanyakan kepada awak”
“insyaalah..” jawab ariff perlahan tapi masih boleh didengar oleh rin .
“kalau macam tu saya tunggu awak esok. Dekat Seremban parade. Pukul 2 petang. Depan pintu masuk. Boleh?”
“boleh..”jawab ariff sambil menyusun langkah ke pintu utama rumah. Hendak keluar. Sebelum itu dia menyalami kedua-dua ibu bapa rin.
“terima kasih..” kata rin lagi
‘sama-sama’ jawab ariff didalam hati.

    œœšœšœšœšœšœšœš                                                 

“pak mat ni kenapa? Senyum je. Sejak dalam rumah encik bakri lagi..kenapa? kongsilah..” kata  ariff kepada pak mat, rakan sekerjanya. Pak mat lebih senang orang panggilnya dengan panggilan itu. Senang katanya. Tak perlu nak sebut nama nya yang panjang itu.. zainal abidin..
“kamu tu ha..ingat pak mat tak tahu? Kat rumah encik bakri tadi mata asyik melekat kat anak perempuan encik bakri je..macam dah sangkut je..”kata pak mat
“ sangkut apanya pak mat. Macamlah tak kenal saya.”
“ha...nak  elak la tu..kalau dah suka tu cakap je la..”
“Mana ada..saya tak suka anak encik bakri tu la..”
“jangan nak nafikan..kamu tu biasanya susah nak diajak keluar, lagi-lagi dengan perempuan..dengan anak encik bakri tadi..cepat je jawab..biasanya ada je dia punya alasan. Tadi tu orang tanya terus je nak. Pak mat dah kenal kamu lama la..bukannya sehari dua”kata pak mat lagi.
“ dak aih..saya pun macam tak percaya. Spontan mulut saya jawab ya tadi.. saya tak perasan .. entah kenapa tah..saya tak tahu..” kata ariff. Mengaku pun
“tu maksudnya hati dah terpaut la tu..apa orang biasa cakap? Cinta pandang pertama? Entah la..pak mat pun tak tahu..”
“erm..yo la tu. Saya Cuma pelik je..anak encik bakri tu selamba je nagis depan saya. Biasanya perempuan cover ngais depan saya. Ni tak, lain macam sikit. Dia lansung tak malu depan saya. Bukan menangis, melalak sekali depan saya. Tu ja..”kata ariff mengakhiri perbualan.
Dalam hati ariff tadi ada sekelumit rasa bahagia bila ditanya macam tu oleh pak mat. Cepat dibuang jauh-jauh perasaan tu tadi.  ‘apalah aku ni..tak boleh macam ni..fokus..fokus..’ kata hati ariff.
Ariff..ariff..entah apa yang nak dielaknya dari jatuh cinta. Umur nak nak menginjak 28 tahun, tapi masih single and available lagi..bukannya tak ada orang nak.. muka kacak, badan sasa, bekerjaya, kaya lagi. Anak datuk lah katakana... semuanya menepati ciri-ciri lelaki idaman Malaya.. ariff..ariff..kata pak mat sambil meggeleng kepalanya melihat telatah ariff.



p/s: sebenarnya tajuk saya tak dapat yang suai lagi.. ada cadangan? jangan lupa comment!

 šœšœšœšœšœšœšœšœ

No comments:

Post a Comment